Friday, May 29, 2009
Assalamualaikummm!!
Monday, February 23, 2009
Artikel Menarik
Time For Change
5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
~=Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.
Nampakkah masalahnya disini?
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.
Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.
Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
~=Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.Bezanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda.Liabiliti pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
Aset : Wang masuk , Liabiliti: Wang keluar
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan hartabenda adalah aset mereka.
Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.
Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada…
=~Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif =~
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata “Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.”
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.
Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
~=Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit~=
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.
Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.
Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.
~=Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman~=
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanyasekali.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
Ianya cukup mudah… anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidupanda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.
Tuesday, February 17, 2009
Rumah Terbuka Ecofirst sempena Hari Raya Cina
Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
Fuh, what a day! Saya dan isteri tiba di The Summit Tower tepat pada pukul 1.30 pm namun ruang pejabat telahpun dipenuhi dengan pengedar - pengedar Ecofirst. Majlis pelancaran produk AcaiPlus telah berjalan dengan lancar dan sample minuman acai diedarkan kepada pengedar dan hadirin secara percuma.
Alhamdulillah, beberapa orang kawan lama saya berkesempatan untuk hadir melihat sendiri kemeriahan dan peluang membuka perniagaan di Ecofirst. Di penghujung majlis, acara kemuncak iaitu cabutan bertuah diadakan. Tahniah kepada pengedar - pengedar yang bertuah memenangi pakej Silver Director bernilai lebih RM3000.
Walau apa pun, buat masa ini banyak komitmen masih perlu diberikan terhadap pekerjaan di ISN dan persediaan untuk menghadapi temuduga Pegawai Tadbir & Diplomatik pada awal Mac nanti. Semoga anda semua terus positif dan berusaha dengan bijak untuk mencapai impian, matlamat atau sasaran anda! Hidup ini penuh dengan pelbagai jenis cabaran umpama merentasi gunung dan lembah.. fokus kepada penamatnya bukan kesusahan SEMASA perjalanannya.
Life is a journey to success!!
Akhtar
Monday, February 16, 2009
Kisah Kehidupan
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?
Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja kurang 40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan usaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.
Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
Artikel Oleh: Irfan Khairi
